Tuesday, 29 March 2016

KERUNTUHAN AKHLAK DAN MORAL DI MALAYSIA

KERUNTUHAN AKHLAK DAN MORAL DI MALAYSIA


                               
PENGENALAN:






Alam remaja dikatakan sebagai saat yang rapuh kerana pada peringkat ini mereka terdedah kepada pelbagai pengaruh serta tekanan luar yang kebanyakannya menje-rumuskan kepada perkara negatif. Apabila terpedaya dengan pengaruh negatif yang mengkhayalkan, akhlak remaja mudah rosak sehingga menimbulkan pelbagai masalah seperti salah laku dan juvenil. Keruntuhan akhlak dan kemerosotan disiplin remaja boleh dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu salah laku dan jenayah yang dilakukan oleh pelajar seperti membunuh, mencuri, menyalahgunakan dadah, rogol, samun, senjata api dan lain-lain manakala yang kedua ialah salah laku yang melibatkan kesalahan ringan seperti ponteng termasuk salah laku seperti ponteng sekolah, ponteng kelas dan kerap keluar kelas. Kategori tidak patuh arahan pula mencakupi salah laku seperti tidak memberi perhatian kepada pelajaran, tidak membuat kerja rumah, tidak membawa buku, tidur di dalam kelas dan tidak dapat mengikuti pelajaran yang diajar manakala kategori gangguan pengajaran adalah seperti membuat bising, merosakkan alat bantu mengajar, mengganggu kawan semasa guru mengajar dan mempertikaikan ajaran guru. Tidak sopan pula merupakan salah laku seperti berpakaian tidak kemas dan bercakap kasar dengan guru. 




FAKTOR-FAKTOR KERUNTUHAN AKHLAK DAN MORAL DI MALAYSIA

Punca keruntuhan akhlak remaja ini, antaranya ialah mudah terikut-ikut dengan perangai rakan mereka. Zaman sekarang, remaja mula terdedah kepada alam yang luas di luar rumah, malah persekitaran ini menjadi rumah kedua mereka. Remaja juga mempelajari banyak perkara daripada persekitaran sosial di mana ia membesar. Dalam tempoh-tempoh ini, remaja mula mengubah tingkah laku, sikap dan nilai. Malahan, mengubah seluruh cara hidup daripada alam kanak-kanak kepada alam yang lebih matang dan dewasa. Zaman remaja adalah tempoh kehidupan yang diselubungi harapan, cabaran dan ketegangan. Mengikut kajian yang dibuat ada tiga faktor yang penyumbang kepada ketegangan dalam zaman remaja iaitu perubahan fizikal yang cepat dan pencapaian kematangan jantina, kedudukan remaja sebagai manusia pinggiran (manusia marginal) dan keperluan menyediakan diri untuk memasuki dunia dewasa. 

Perubahan fizikal yang cepat dan kematangan jantina ini boleh menimbulkan beberapa perkara kritikal dalam hidup remaja seperti remaja perlu menyesuaikan diri dengan perubahan dan kematangan fizikal yang berlaku pada diri mereka. Remaja menjadi sensitif pada rupa dan bentuk badan. Perubahan fizikal dan perkembangan jantina yang dialami dapat menimbulkan rasa tidak selesa, tidak yakin, tidak selamat, malu dan segan. Konsep kendiri remaja kadangkala dipengaruhi oleh perubahan fizikal dan perkembangan jantina. Remaja mungkin menggunakan mekanisme bela diri bagi menjaga maruah. 



   

KESAN-KESAN KERUNTUHAN AKHLAK DAN MORAL DI MALAYSIA


Kesan Ke atas Individu


 Seseorang insan yang dilahirkan didunia yang fana ini ibarat sesuci kain putih yang tiada kotoranya, ianya terpulang pada seseorang individu itu bagaimana dia hendak mencorakkan kehidupannya. Individu yang mencorakkan dirinya dengan akhlak yang baik akan dipandang mulia dan tinggi, berbanding individu yang mencorakkan dirinya dengan perkara-perkara negatif akan dipandang serong dan dicemuh oleh masyarakat sekeliling. Bagi seseorang yang bergelar muslim terutamanya remaja, akhlak yang baik seharusnya dihiasi dengan perkara-perkara keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Sebaliknya, kebanyankkan remaja muslim pada hari ini tidak mengikut ajaran islam yang sebenarnya, sebaliknya memalukan agama, bangsa dan Negara. Tidak dapat dinafikan juga kesan gejala sosial ini akan memberikan kesan yang mendalam pada diri seseorang remaja itu.


Kesan Ke atas Keluarga

  Keluarga memainkan peranan yang sangat penting kerana dari institusi kekeluargaanlah kebahagian dan keharmonian sesuatu masyarakat itu terbentuk. Keruntuhan sesebuah institusi kekeluargaan akan menyebabkan hilangnya kebahagian dan keharmonian yang dialami sesuatu masyarakat. Akhlak seseorang individu remaja yang baik dan mulia datangnya daripada sesebuah institusi kekeluargaan yang harmoni dan bahagia. Oleh sebab itu, keruntuhan akhlak dalam institusi kekeluargaan akan memberikan kesan yang besar ke atas kebahagian dan keharmonian sesuatu institusi kekeluargaan itu. Akibat daripada wujudnya ketidak harmonian dalam kekeluargaan, sesebuah kekeluargaan pastinya akan berlakunya penceraian. Ini akan menjadikan masa depan anak-anak akan terbiar dan tidak terpelihara, seterusnya hilang tempat bergantung dan bermanja. Kesannya berlakunya masalah-masalah sosial yang lain seperti budaya lepak, ketagihan dadah, pelacuran, perjudian, hubungan sesama jenis dan masalah-masalah yang lain.


Kesan Ke atas Masyarakat

  Jatuh bangunnya sesuatu negara, agama dan bangsa pada masa kini ialah dengan melihat akhlak dan moral sesuatu masyarakat. Tidak dinafikan akhlak remaja pada hari ini sangat membimbangkan masyarakat. Sekiranya hal ini tidak dibendung oleh pihak–pihak yang tertentu, terutamanya oleh pihak kerajaan, maka tidak hairanlah suatu hari nanti, akan datang masyarakat kita akan hancur dan keruntuhan akhlak remaja–remaja Melayu terutamanya akan rosak dan binasa. Namun begitu terdapat kesan yang paling ketara yang akan dilihat kiranya akhlak remaja pada hari ini tidak dibendung dengan segera. Masyarakat di negara ini akan menjadi porak-peranda, berpecah-belah dan tidak bersatu-padu. Akibatnya perasaan buruk dan prasangka akan wujud dalam masyarakat. Sifat saling curiga-mencurigai akan bertahta di hati masyarakat. Hal ini menberi kesan apabila berlaku pergaduhan dalam masyarakat. Isu-isu perkauman akan wujud seandainya pergaduhan ini melibatkan antara dua kaum. Sekaligus kadar jenayah dalam kalangan masyarakat juga akan meningkat yang mana hal ini disebabkan oleh kadar keruntuhan akhlak di kalangan remaja semakin meningkat


Kesan Ke atas Negara

  Implikasi utama terhadap negara jika gejala sosial tidak ditengani segera akan menyebabkan negara akan kehilangan pelapis generasi kepimpinan pada masa hadapan. Hal ini akan menjadikan kerancakan pembangunan negara akan terbantut dan keadaan sosioekonomi negara menjadi lembap kerana wujudnya gejala sosial dan keruntuhan akhlak yang tinggi di kalangan masyarakat. Perkara ini menjadikan kadar jenayah dalam negara juga akan meningkat sejajar dengan peningkatan gejala sosial ia sekaligus meningkatkan kos perbelajaan kerajaan untuk mengurangkan kadar jenayah. Seterusnya anasir-anasir luar akan meresap masuk kedalam negara sekiranya generasi muda pada hari ini tidak tahu menjaga akhlak mereka. Dan, kesan paling utama ialah remaja pada hari ini terutamanya akhlak remaja Islam hancur dan rosak, maka pandangan bangsa lain terhadap agama yang kita anuti pada hari ini tentulah serong dan buruk.



CONTOH-CONTOH KERUNTUHAN AKHLAK DAN MORAL DI MALAYSIA


KES 1: 21 PELAJAR HAMIL LUAR NIKAH(FAKTA: 20 KES SUKA SAMA SUKA,1 KES ROGOL)


     KUALA LUMPUR: Sebanyak 21 kes pelajar mengandung dan bersalin anak luar nikah sejak 2006 hingga sekarang dikesan Kementerian Pelajaran Malaysia. Timbalan Menteri Pelajaran,Dr Mohd Puad Zarkashi berkata,12 daripadanya berlaku di sekolah luar bandar dan 9 di kawasan bandar. “Siasatan kementerian menunjukkan 20 kes bedasarkan suka sama suka antara pasangan manakala 1 kes membabitkan kes rogol,” katanya. Ketika menjawab soalan Senator Datuk Azian Osman di persidangan Dewan Negara di sini, semalam, beliau berkata, semua kes berlaku dalam kawasan perumahan masing-masing. Menurut beliau, maklumat itu diperoleh daripada Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, sekolah-sekolah dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. “Sebagai usaha menyelesaikan masalah sosial membabitkan pelajar sekolah, kementerian menerusi perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling menganjurkan program penerangan mengenai seksualiti, perhubungan antara lelaki dan perempuan serta adab dan tatacara bagaimana untuk bergaul dengan kawan-kawan,” katanya. 
     Beliau berkata, kebanyakan kes berlaku kerana naluri kedewasaan yang ingin mencuba selain mendapat kebebasan keterlaluan daripada keluarga. “Selain usaha pihak sekolah, kementerian juga menasihati ibu bapa atau penjaga supaya lebih prihatin dan mengambil tahu perhubungan anak-anak mereka dengan memantau perubahan tingkah laku harian mereka,”katanya.

(Harian Metro,Khamis,29 Julai 2010,muka surat 42). 



KES 2: KERUNTUHAN INSTITUSI KELUARGA MENYUMBANG KEPADA LAMBAKAN KES 

     KULIM: Kegoyahan institusi rumah tangga antara faktor penyebab lambakan kes maksiat seperti khalwat dan sumbang mahram berikutan kurangnya kawalan ahli keluarga. Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah Kulim, Abdul Halim Yusuf, berkata, kebanyakan yang terbabit dalam kes khalwat adalah mereka yang memiliki keluarga berpecah-belah terutamanya keluarga yang bercerai. “Anak-anak yang datang dari keluarga yang mana ibu bapanya bercerai biasanya mempunyai masalah kerana mereka kurang perhatian daripada keluarga dan sewenang-sewenangnya melakukan apa sahaja,” katanya. Selain itu, berdasarkan kes yang dikendalikan mahkamah turut mendapati golongan remaja berusia 16 hingga 18 tahun adalah golongan yang paling ramai terbabit dengan kes maksiat selain pelajar institusi pengajian tinggi awam, kolej swasta dan pelajar sekolah. Beliau berkata, tidak ketinggalan, golongan ibu tunggal yang dicerai atau ditinggal suami dan digantung tidak bertali turut terbabit dalam kes khalwat. 
     Abdul Halim berkata, semua kes khalwat yang ditahan penguatkuasa Pejabat Agama Islam Kulim Kedah(PADK) akan disiasat dan dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah Kulim. “Kami tidak akan berkompromi dengan mana-mana pesalah walaupun dia seorang pelajar, penjawat awam atau sesiapa saja. “Orang ramai jangan memperlekeh undang-undang Islam di Malaysia kerana Mahkamah Syariah tidak akan melepaskan pesalah serta memandang serius kes berkaitan agama Islam,” katanya yang ditemui ketika memusnahkan fail kes Mahkamah Syariah, semalam. Mahkamah Rendah Syariah Kulim kelmarin melupuskan 4,912 fail kes yang sudah diselesaikan di tapak pelupusan sampah Sungai Kob, Kulim. Abdul Halim berkata, fail kes yang dimusnahkan adalah kes syariah yang dibicarakan bermula dari 1968 hingga 1999 dan kes jenayah bermula 1977 hingga 2006.

(Harian Metro,Sabtu,31 Julai 2010,m/s 38)


CONTOH VIDEO KERUNTUHAN AKHLAK DAN MORAL DI MALAYSIA

                       



Langkah-langkah Mengatasi Keruntuhan Akhlak Remaja


Peranan Individu


• Mendekatkan diri kepada Tuhan.
=Sentiasa melakukan ibadah seperti solat, berzikir dan membaca Al-Quran.
=Dapat menimbulkan rasa insaf serta rendah diri.
=Mencuba untuk mengelakkan diri daripada terlibat dengan sebarang gejala negatif atau masalah disiplin.

• Sentiasa meminta dorongan daripada keluarga, rakan-rakan dan pihak kaunseling.
=Jangan malu untuk berkongsi masalah. Luahkan segala masalah yang dialami.
=Dapat mengurangkan masalah atau beban yang ditanggung.
=Meningkatkan keyakinan diri di samping dapat merapatkan lagi hubungan antara satu sama lain.
=Timbul rasa kasih sayang serta saling memahami perasaan sesama mereka.

• Tetapkan target atau bina satu azam untuk mencapai kehidupan yang lebih berkualiti.
=Azam yang dibina dapat menguatkan semangat individu itu untuk terus melakukan perubahan ke arah yang lebih baik.
=Sentiasa yakin diri bahawa azam yang dibina itu akan tercapai dengan cemerlang ke arah pembentukan diri yang lebih berdisiplin.

• Mengamalkan cara hidup yang sihat (positif).
=Melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah seperti beriadah bersama keluarga dan rakan-rakan.
=Melakukan senaman secara sistematik
=Mengamalkan pemakanan yang sihat untuk menjamin fizikal dan mental yang berkualiti.

=Menghindari diri daripada terjebak dengan gejala yang tidak sihat seperti najis dadah, seks bebas dan sebagainya.


Peranan Ibu Bapa


• Ibu bapa perlu mendidik anak-anak sejak kecil lagi ibarat pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.
• Ibu bapa menjadikan diri mereka sebagai contoh terbaik untuk anak-anak mereka.
• Mereka juga perlu memberikan didikan agama yang sempurna bagi mengelakkan anak-anak terjebak dalam gejala negatif, aktiviti yang tidak bermoral dan budaya kuning seperti:
=Black metal
=Punk
=Penyalahgunaan dadah
=Kes membuang bayi dan lain-lain.
• Mereka berperanan untuk membentuk generasi muda sekarang yang terdedah kepada gejala negatif luar kawalan yang boleh mendatangkan kemudaratan yang serius kepada mereka dan institusi keluarga.
• Ibu bapa perlu menerapkan nilai-nilai dan etika untuk menguruskan masa dengan baik.
• Mereka harus memberikan perangsang dan galakan kepada anak-anak untuk berjaya.
• Ibu bapa juga perlu menyekat kebebasan anak-anak dalam pergaulan.
• Ibu bapa meluangkan banyak masa untuk anak-anak terutamanya pada hujung minggu dan beriadah bersama-sama.
• Mereka janganlah terlalu taksub degan dunia pekerjaan sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai ibu bapa.
• Mereka harus sentiasa berada di sisi anak-anak ketika anak-anak berada dalam kesusahan dan menjadi rakan atau pendengar yang setia untuk mendengar dan berkongsi segala masalah yang dihadapi anak-anak.



PENGAJARAN


Namun, apabila dilihat antara idealisme masa depan dengan realiti masa kini, terdapat jurang perbezaan yang besar di mana jumlah kes jenayah di kalangan pelajar ataupun remaja hari ini semakin meningkat. Nampaknya, semakin maju negara, semakin luntur nilai moral masyarakat. Justeru, dalam keghairahan merancang dan merencana pelbagai projek raksasa supaya negara seiring dengan ledakan informasi dan pembangunan industrialisasi yang mantap, kita juga tidak boleh meminggirkan projek raksasa dalam membina insan.


SIVANESWARAN A/L RAJENDRAN

7 comments:

  1. Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. Secara konklusifnya, diri sendiri, keluarga dan masyarakat harus bersatu dan memainkan peranan penting dalam melahirkan insan yang beretika tinggi dan berakhlak mulia.Segalanya bermula dari anda.

    ReplyDelete
  3. Playtech Casino Games - Playtech online slots free slot machines
    Goyang casino 22bet games collection offer players with many 메이저 벳 먹튀 different slots and games from the best providers 해적 룰렛 in the world, 승부 예측 사이트 all created for 강원 랜드 칩걸 you by the

    ReplyDelete
  4. Gambling in Las Vegas - JTM Hub
    Las 용인 출장안마 Vegas, Nevada. Casino 여주 출장샵 operator Caesars Entertainment is one of the top There 계룡 출장안마 are hundreds 서울특별 출장샵 of slot machines around. Caesars 안성 출장안마

    ReplyDelete